Wednesday, November 11, 2009

Paradigm Shift - Program Pemulihan Trader


Akhirnya................setelah beberapa tahun dlm fx trading, kini aku boleh menarik nafas lega kerana tempoh2 yg menyakitkan telah pun mula mengundur diri. Namun byk juga RM yg terpaksa aku laburkan sebagai "tuition fees" tapi aku rasa nilai ilmu yg aku perolehi dlm tempoh tersebut masih lebih bernilai dr RM yg terpaksa aku bayar.


Tahun 2009 merupakan tahun yg penuh bermakna kerana pada tahun ini aku telah melalui beberapa fasa yg berbeza dan merupakan saat anjakan paradigma sebagai seorang trader. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memperkenankan doaku yg ku panjatkan sekian lama.


Bermula dgn mengenali personaliti diri aku sendiri pada awal tahun 2009, saat memperbaiki diri pada pertengahan 2009 hinggalah ke saat2 yg paling memberangsangkan pada bulan Oktober 2009. Aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan seorang insan yg sememangnya byk memberikan motivasi dan akhirnya dipertemukan dgn seorang lagi yg lebih berjaya.....yg mana pertemuan tersebut telah memperlihatkan aku apa yg sebenarnya perlu di lakukan untuk menjadi diantara 5% trader yg berjaya. Patutlah selama ini aku bukan diantara mereka kerana aku melakukan apa yg biasa dilakukan oleh 95% trader yg lain.


Walaupun dlm pertemuan2 kami, beliau langsung tidak bertindak sebagai seorang guru, namun semua kata-katanya aku rakamkan dan aku dapati inilah yg aku cari selama ini untuk menjadi seorang trader yg berjaya. Ku gabungkan dgn proses pemulihan yg aku rancangkan sendiri utk diriku sepanjang tahun ini. Ternyata gabungan tersebut membuahkan hasil.


Hasilnya memang menakjubkan. Kini aku boleh menjalankan trading dengan cara yg sungguh selesa (rilex). Hampir tiada langsung tekanan. Yang di perolehi pada penghujung hari ialah keuntungan. Aku kini boleh menentukan berapa peratuskah yg aku hendak pada setiap hari, berapa USD yg aku perlukan dan untuk apa......sesuatu yg sebelum ini menjadi igauan ngeri bagi seorang trader seperti aku. Namun aku masih terbatas kepada pantang larang yg telah ditetapkan supaya aku boleh meneruskan trading utk jangka masa yg lama. Belum pernah aku temui sebelum ini pantang larang supaya jgn membuat lebih 100% profit drp modal pada setiap bulan........ini sebenarnya merupakan satu tekanan kepada sesiapa shj.....benar2 menguji kesabaranku kerana aku terikat kepada satu peraturan yg sukar utk dipercayai.....namun aku terpaksa mempercayainya walaupun it is hard to be true....


Jadi untuk memastikan aku mengikut segala yg telah ditetapkan oleh aku dan dia, aku telah menetapkan untuk mensasarkan hanya 5% keuntungan setiap hari. Jadi utk memastikan aku terus menerus mengikuti peraturan tersebut, aku akan merekodkannya disini untuk tatapan aku sendiri dan untuk menilai prestasi aku dlm tempoh tersebut.


Apa yg aku akan lakukan ialah dgn meletakkan SS prestasi salah satu akaun aku dgn mensasarkan 5% keuntungan sehari. Akaun yg baru aku buka dan deposit pada hari Isnin, 9hb November ini akan menjadi sumber rujukan. Namun atas sebab2 privasi, tiada SS utk trading yg akan aku paparkan disini. Cukuplah dgn result dr akaun aku sebagai pembakar semangat untuk diri aku dan para trader lain....


Bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai motivasi untuk menyatakan bahawa sesuatu pencarian itu pasti akan membuahkan hasil sekiranya dilakukan secara konsisten diikuti dengan doa kpd Allah s.w.t. dan seterusnya bertawakkal atas apa yg diusahakan...


DUIT - Doa, Usaha, Ikhtiar,Tawakkal......


No comments:

Post a Comment