Monday, November 30, 2009

Plan utk bulan Disember 2009

2009 hampir sampai ke penghujungnya. Hari ini 1hb Disember 2009. Bermulanya bulan baru......jadi seperti kebiasaannya aku mula menetapkan matlamat utk akaun ini. "If you fail to plan, you plan to fail" ......
Seperti bulan2 sebelumnya, matlamat masih lagi 50% drp initial beginning month capital.
Capital yg ada skrg ialah 1581.67, so 50% x 1581.67 = USD790.835.
USD790.835 / 20 days = USD39.55.....inilah target harian yg aku perlu capai...masih lagi bersamaan dgn 2.5% daily dr capital....
InsyaAllah...fikirkan boleh....
Read more...

Overall Nov performance





Thanks kpd rakan2 seperjuangan yg turut sama membantu dlm sessi hari ini. InsyaAllah komuniti ini akan terus berkembang dgn adanya bantuan dr semua....sama2 kita membantu kepada mrk yg mahu membantu diri mrk sendiri.


Utk bulan November, lebih kurang 3 mggu trading hanya mampu menghasilkan 44.1% profit. Aku mensasarkan 50% profit, kurang 5.9% dr sasaran. Tp syukur Alhamdulillah, yg penting boleh mantain konsistensi...itu yg di cari dr hari ke hari....


Total trade 135, dgn 134 profit dan 1 lost .....99.25%.....

InsyaAllah, sasaran untuk bulan Nov ialah minimum 50% drp capital yg sedia ada (depo + profit Nov).......sama2 kita berdoa....
Read more...

Live trade tempat biasa..

Alhamdulillah....sempat gak curi2 pips sambil2 train new batch.....total today 10%...so far 43.3% profit monthly. Tp mlm ni rasa x sempat dah nak cover lagi 7% utk monthly target sebab kul 9.00 jap lagi ada live trade dgn trader lagi....jumpa lagi kat tempat biasa 1 jam dr skrg.....
Harap2 mlm ni ada 1st batch trader leh bantu aku utk train new batch sambil2 live trade tu....
Read more...

Sunday, November 29, 2009

Performance trader2 baru InsyaAllah akan aku post di sini dlm masa terdekat.....ada yg 0 forex knowledge tp mostly trader2 yg re-align......
Read more...

27.11.09







Last week profit cukup2 makan saja.....month to date 33.3% saja sebab kurang trade last week....masa byk tumpu untuk membantu trader2 yg baru joint....






May be esok nak cover sket lagi.....tp nak dpt 50% may be susah sket sebab esok pun ada 2 sessi live trade yg mana aku tak dpt trade akaun sendiri sebab nak kena bantu trader2 baru...tgklah mcm mana esok...






Read more...

Wednesday, November 25, 2009

Kemasukan di bekukan buat sementara waktu

Sedih gak...baru dpt berita yg kemasukan trader ke dlm komuniti ini terpaksa di berhentikan seketika kerana berlaku perlanggaran syarat. Beberapa insiden berlaku di mana ada trader telah melanggar syarat2 yg telah di persetujui sebelumnya......
Kemungkinan besar syarat2 kemasukan ke dlm komuniti ini terpaksa di ketatkan setelah mengambil kira apa yg telah terjadi....
Sedih juga aku dgn sifat manusia ini....sudahlah semuanya di berikan secara percuma....tak di hargai pula.....
Aku berdoa supaya semuanya kembali normal selepas ini....
Read more...

Lagi 2 akaun disable & live trade

Hu hu hu...lagi 2 akaun disable hari ni...sedih ada, gembira pun ada....sedih sebab mau tak mau trader2 kena upgrade akaun depa...gembira sebab mmg proof yg teknik ni profitable.....yg kena disable tu wat 110% profit dlm 3 hari dr tarikh depo....ermm...tak apalah w/draw saja profit tu wat duit raya....nanti upgrade la akaun tu...
Smlm live trade dgn guru lagi...Syukur semua profit. Dari sekecil2 USD20 per trader hinggalah USD1400 per trader...ikut kpd modal masing2..mmg masyukkk...Alhamdulillah
Semoga kawan2 trader mendapat manfaat dr sessi tersebut....
Kita cuti la utk 2 hari ni sambut Aildil Adha.....InsyaAllah kalau jadi, guru akan wat ghatering kat rumah dia sempena Aidil Adha ni....semua traders dlm komuniti di jemput hadir....
Read more...

Tuesday, November 24, 2009

Salam,

Syukurlah majoriti trader group ini dah mula menikmati hasil dr forex walaupun belum sampai sebulan mrk bersama group ini. Ada yg belum pernah w/draw sblm ni dah mula blh w/draw.


Cuma permintaan aku kpd trader yg masih belum konsisten tu, please ikutlah rules yg 7 tu......jgn gopoh. Kalau tidak aku terpaksa buat semula program pemulihan trader kat hangpa....tp kali ini mungkin approach aku berbeza. Jgn marah kalau aku kuat berleter... he he he...sebab aku nak tgk hangpa suksess....mcm mana guru kita kata "in forex is easy to make money".

Ilmu yg dia turunkan secara percuma, tenaga yg dia curahkan utk develop kita semua sepatutnya kita hargai......dia x minta balasan, dia nak tgk anak bangsa dia maju......financial independant...aku cuma membantu sekadar yg mampu utk accomplish mission ni....


End of the day, kalau 90% of the traders enjoy the profit...it is a self satisfaction for us. Another 10% tu kami x blh buat apa. It is actually still human emotion, x blh nak ikut walaupun senang.

Cuma masih blh di perbaiki lagi.....cuma kena cuci dgn sabun fab...sebab dah lama berkarat...jgn marah guys...we want our team to succeed.
Read more...

Monday, November 23, 2009

Alhamdulillah ...live trade berjalan lancar. Traders2 sumer lebih faham lagi apa yg cuba disampaikan....yg mana open position smlm close dgn profit dlm masa sesingkat 4 minit.....
Selepas bersurai, ada lagi traders2 yg ambil kesempatan dr skil yg diperolehi dan sambung trade di tempat lain....teruskan praktis guys...ingat praktis praktis praktis.....
Jgn lupa analogi yg selalu di tekankan
berkenalan > bercinta > merisik > bertunang > kahwin......
kosongkan gelas supaya dapat di isi dgn air yg baru....jika tidak, kita akan tetap di takuk yg lama...
Ingatlah rakan traders semua, suatu hari kita tak akan boleh larikan diri dr dinaikkan pangkat...so be prepared.
Read more...

Sunday, November 22, 2009

Live trade today 23.11.09

Salam kpd rakan2 trader. Seperti yg dijadualkan, sessi live trade akan diadakan pada malam ini pada jam 9.00pm di tempat biasa. InsyaAllah guru kita akan bersama sama dgn kita seperti sessi2 sebelumnya. Tolong inform kpd rakan2 trader yg lain. Profit target malam ni ialah 2.5% drp capital. Jumpa malam nanti.
p/s : malam ni sapa nak belanja wei....asyik guru kita saja dok belanja, dah la dia bagi ilmu free....mlm ni kita syer2 erk..belanja dia pulak...atau kalau ada trader2 yg mggu lepas untung dah 50% volunteer pun elok juga. ha ha ha
Read more...

Friday, November 20, 2009

13 akaun kena disable

Aku bersimpati dgn rakan2 trader yg lain. 13 rakan trader kena disable akaun. Akaun mrk kena upgrade ke standard akaun.....itulah, dah pesan masa training dan briefing, jgn buat profit melampau nanti akaun kena disable. Masa tu semua angguk, lps tu x tahan dek krn profit setiap kali enter pos, semuanya terlanjur....kalau boleh 24 jam nak enter pos....ha ha ha...
Tak apa, walaupun akaun disable, profit masih boleh withdraw, buka akaun baru dan trade lagi. Cuma beringat la kali ni, jgn melampau sgt. Boleh kalau nak maksimumkan profit, tp ikutlah strategi yg telah dirancang. Kalau tak jenuh la kawan2 semua kena angkut satu kampung punya IC dan bill utk buka akaun...ha ha ha....
Aku tgk kebanyakan yg kena disable disebabkan profit more than 50% dlm tempoh x sampai 1 mggu. Mmg proven teknik ni profitable, cuma jgn la belasah habis-habisan. Biar patut padan dgn capital. Mantain low profile di mata broker, guna strategi yg telah di atur. InsyaAllah selamat....
Cuma persoalan skrg, bolehkah komuniti yg semakin berkembang ini menurut apa yg di rancangkan. Entah dr mana datang, tiba2 ramai trader2 yg joint komuniti ini. Apa yg aku tgk may be word of mouth.....sebab x ada pengiklanan dibuat utk mengembangkan komuniti ini. Malahan ada juga yg dtg jauh dr Kuala Lumpur utk memberikan duit utk di trade oleh komuniti ini terutamanya kpd guru aku. Tp semuanya di tolak dgn baik sebab kami x mau ada tekanan utk manage akaun org lain. Apa yg boleh dibantu ialah sama2 belajar dan trade sendiri. Lagipun teknik ini simple shj.
Berdasarkan pengalaman aku, utk mencapai 50% profit sebulan cuma perlu spend dlm 1/2 jam hingga 2 jam sahaja maksima sehari. tak perlu merenung chart sampai nak keluar biji mata. Masa paling cepat utk capai 2.5% target harian yg aku buat ialah 4 minit.
Tp apa2 pun bergantung kpd trader itu sendiri....ada juga trader yg masih belum dpt buat paradigm shift. Masih lagi terbawa-bawa dgn karektor lama. Bukannya tak boleh tp akan menjejaskan disiplin mrk sendiri.
Program pemulihan trader yg aku gabungkan dgn teknik drp guru aku ini memberikan kesan yg positif kpd diri aku. Insyaallah akan aku tekankan kpd trader2 yg lain supaya mrk dpt mengosongkan minda mrk dan mengadaptasikan teknik ini sepenuhnya....
7 principle for successfull trading mestilah di fahami sepenuhnya supaya paradigm shift dpt di buat sepenuhnya....
Read more...

2nd week performance

Smlm berakhirnya minggu ke 2 trading. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar dgn akaun aku. 2 mggu profit 27%. InsyaAllah mggu depan lot size akan di besarkan setelah aku kini lebih serasi dan dapat mengikut rentak market. Kesilapan yg aku lakukan dlm tempoh 2 mggu ini telah aku kenal pasti iaitu lupa delete PO sebelum keluar dr market. Kesilapan ini telah menyebabkan drawdown sehingga -40 pip sblm position tersebut close dgn profit. Ini telah memberikan tekanan kpd aku dlm tempoh trading dgn floating namun suatu yg baru aku telah discover berikutan dr kesilapan ini iaitu self defend system.
Total trade utk 2 mggu ialah 110 dgn 109 profit dan 1 lost. Ini memberikan profit entry pada 99.09%.
Kebetulan pula pos buy ialah 55 dan sell juga 55 pos.
Apa yg membuatkan aku begitu rilex dgn teknik ini ialah drawdown yg begitu minimum sebelum pos dpt ditutup dgn profit. Selain dr pos yg berpunca dr PO yg tidak di delete sblm keluar dr trade, pos2 yg lain draw downnya sikit skali. Bermula dr -8 pada peringkat permulaan sehinggalah beberapa hari terakhir trading, aku berjaya meminimakan sehingga -4.
Next week target ialah utk mencapai total 50% profit iaitu USD500.
2nd akaun telah pun di buka untuk strategi yg sama utk matlamat yg agak berlainan sedikit. Deposit pula mungkin akan di ambil drp keuntungan akaun pertama ini. InsyaAllah.
Read more...

Thursday, November 12, 2009

Performance 12.11.09


Syukur Alhamdulillah...hari ni lambat sket post result sebab ada live trade dgn trader2 disini. 100% trader yg live trade malam ni dapat profit.....


Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Paradigm Shift - Program Pemulihan Trader


Akhirnya................setelah beberapa tahun dlm fx trading, kini aku boleh menarik nafas lega kerana tempoh2 yg menyakitkan telah pun mula mengundur diri. Namun byk juga RM yg terpaksa aku laburkan sebagai "tuition fees" tapi aku rasa nilai ilmu yg aku perolehi dlm tempoh tersebut masih lebih bernilai dr RM yg terpaksa aku bayar.


Tahun 2009 merupakan tahun yg penuh bermakna kerana pada tahun ini aku telah melalui beberapa fasa yg berbeza dan merupakan saat anjakan paradigma sebagai seorang trader. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memperkenankan doaku yg ku panjatkan sekian lama.


Bermula dgn mengenali personaliti diri aku sendiri pada awal tahun 2009, saat memperbaiki diri pada pertengahan 2009 hinggalah ke saat2 yg paling memberangsangkan pada bulan Oktober 2009. Aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan seorang insan yg sememangnya byk memberikan motivasi dan akhirnya dipertemukan dgn seorang lagi yg lebih berjaya.....yg mana pertemuan tersebut telah memperlihatkan aku apa yg sebenarnya perlu di lakukan untuk menjadi diantara 5% trader yg berjaya. Patutlah selama ini aku bukan diantara mereka kerana aku melakukan apa yg biasa dilakukan oleh 95% trader yg lain.


Walaupun dlm pertemuan2 kami, beliau langsung tidak bertindak sebagai seorang guru, namun semua kata-katanya aku rakamkan dan aku dapati inilah yg aku cari selama ini untuk menjadi seorang trader yg berjaya. Ku gabungkan dgn proses pemulihan yg aku rancangkan sendiri utk diriku sepanjang tahun ini. Ternyata gabungan tersebut membuahkan hasil.


Hasilnya memang menakjubkan. Kini aku boleh menjalankan trading dengan cara yg sungguh selesa (rilex). Hampir tiada langsung tekanan. Yang di perolehi pada penghujung hari ialah keuntungan. Aku kini boleh menentukan berapa peratuskah yg aku hendak pada setiap hari, berapa USD yg aku perlukan dan untuk apa......sesuatu yg sebelum ini menjadi igauan ngeri bagi seorang trader seperti aku. Namun aku masih terbatas kepada pantang larang yg telah ditetapkan supaya aku boleh meneruskan trading utk jangka masa yg lama. Belum pernah aku temui sebelum ini pantang larang supaya jgn membuat lebih 100% profit drp modal pada setiap bulan........ini sebenarnya merupakan satu tekanan kepada sesiapa shj.....benar2 menguji kesabaranku kerana aku terikat kepada satu peraturan yg sukar utk dipercayai.....namun aku terpaksa mempercayainya walaupun it is hard to be true....


Jadi untuk memastikan aku mengikut segala yg telah ditetapkan oleh aku dan dia, aku telah menetapkan untuk mensasarkan hanya 5% keuntungan setiap hari. Jadi utk memastikan aku terus menerus mengikuti peraturan tersebut, aku akan merekodkannya disini untuk tatapan aku sendiri dan untuk menilai prestasi aku dlm tempoh tersebut.


Apa yg aku akan lakukan ialah dgn meletakkan SS prestasi salah satu akaun aku dgn mensasarkan 5% keuntungan sehari. Akaun yg baru aku buka dan deposit pada hari Isnin, 9hb November ini akan menjadi sumber rujukan. Namun atas sebab2 privasi, tiada SS utk trading yg akan aku paparkan disini. Cukuplah dgn result dr akaun aku sebagai pembakar semangat untuk diri aku dan para trader lain....


Bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai motivasi untuk menyatakan bahawa sesuatu pencarian itu pasti akan membuahkan hasil sekiranya dilakukan secara konsisten diikuti dengan doa kpd Allah s.w.t. dan seterusnya bertawakkal atas apa yg diusahakan...


DUIT - Doa, Usaha, Ikhtiar,Tawakkal......


Read more...

Wednesday, November 4, 2009

5 level trader...dimanakah aku skrg

Trader Level 1
Level 1 Unconscious Incompetence
Ketika ini kamu menjadi trader kerana kamu mendengar bahawa pendapatan seorang trader boleh mengalahkan pendapatan seorang CEO. Ditambah pula pada waktu ini kamu telah profit 3 kali ganda, lalu apa susahnya?. Kamu mungkin boleh profit dengan hasil yang menakjubkan 100 point sampai 200 point per lot per hari, namun itu semua hanyalah beginner luck saja. kamu pada awalnya tidak percaya, dengan hanya mengunakan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan insting kamu boleh profit. Namun sayangnya, market akan mengalahkan kamu. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor LUCK. Loss demi loss menghampiri kamu, kamu cuba bertahan namun kalau sampai margin call, siapa yang boleh tahan??. Kamu sama sekali tidak menyedari bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tetap berkata kamu boleh trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya ( apakah bulan ini profit?, bulan kelmarin profit?, tahun ini profit? ). Kamu tetap berkata bahawa kamu adalah orang yang special, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan kamu tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu.Kamu tidak mempunyai sistem yang complete, kamu dikuasai oleh emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika loss kerana kamu marah pada market, kamu selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau membiarkan profit berubah jadi loss kerana kamu dikuasai oleh GREED,kamu tidak pernah trading kerana kamu takut / FEAR. Kamu membiarkan diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga margin equity kamu menderita. 90% orang yang trading hanya sampai pada level ini, mereka biasanya putus asa, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. sebahagian lagi mereka tetap mencari investor dan trading seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya mereka ini dengan senang hati akan mengaku sebagai management di brokernya. lalu sebagian lagi akan tetap seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan dirinya sendiri. Hanya masalah waktu, sampai bila mereka dapat bertahan di level ini dan waktu selalu menang. 90% Trader ada di level ini, dan hanya 10% sadar dan pindah ke level 2.
Trader Level 2
Level 2 Conscious Incompetence
Di level ini kamu sedar bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan profit secara konsisten. Kamu sedar bahawa selama di level 1 fikiran kamu dikaburkan oleh emosi kamu sehingga kamu tidak boleh berfikir secara normal. Dilevel ini kamu akan mencari holy grail ( system yang sempurna, system yang 100% profit, system yang tidak pernah loss), kamu mulai membeli system yang ada di internet, kamu membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari UK, USA, Australia, Europa sampai Russia, kamu baca semua ebook yang ada, kamu praktikan semua system yang kamuperoleh, kamu haus akan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang haus akan air minuman.Pada level ini kamu akan membaca semua detail tentang indicator, kamu akan test semua indicator yang ada di metatrader, bahkan kamu mungkin akan membuat indikator sendiri (biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator lainnya. Kamu tahu bahawa market terlalu rumit untuk di predict hanya dengan 1 indicator saja, kamu tahu kombinasi ideal dari masing-masing indicator. kamu tahu keberkesanan indicator tersebut dan juga kelemahannya.Kamu akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut. kamu akan bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pertanyaan-pertanyaan bodoh pada trader senior. kerana kamu tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu.Pada akhirnya di level ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10 system yang lengkap dan mencuba mencari system mana yang paling sesuai dengan keperibadian kamu. Dari 10% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke level 3.
Trader Level 3
Level 3 The EUREKA Moment
Pada akhir level 2, kamu akhirnya menyedari punca masalah bukan terletak di system. Kamu menyedari bahawa kamu boleh mendapat profit jika hanya menggunakan system yang simple seperti moving average saja tanpa ada indicator lain, jika kamu boleh menggunakan otak kamu dan money management yang benar. Kamu mula membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasi dengan characters yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya datanglah the eureka moment.Level ini membuat otak kamu menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu memprediksi secara acurate apa yang akan terjadi pada market 30 minit kemudian. Kamu mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter kamu, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan system yang asli. Kamu mula trading jika kamu tahu probability untuk profit lebih besar daripada untuk loss, kamu hanya trading jika ada signal dari system kamu, kamu selalu menggunakan stoploss, kerana kamu tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading. Ketika stoploss kamu kena, kamu tidak emosi kerana kamu tahu tak seorang pun boleh meramalkannya, dan itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkatkan probability profit kerana kamu tahu system kamu itu system yang profit. Kamu menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada system, psikologi trading, money management dan disiplin kamu untuk melakukan trading apapun yang terjadi. Kamu mempelajari tentang money management, 2% risk perday, dan hal lainnya. Ini mengingatkan kamu 1 tahun yang lalu ketika ada yang memberi nasihat yang sama dan kamu memilih untuk mengacuhkannya. ketika itu kamu memang belum sedar namun sekarang kamu sudah sedar.Di level ini, otak kamu akan menerima bahawa kamu tidak boleh meramalkan pergerakan market, kerana memang tidak ada seorang pun boleh meramalkannya. Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke level berikutnya.
Trader Level 4
Level 4 Conscious Competence
Sekarang kamu hanya trading hanya jika system kamu memberi signal. Kamu cut loss sama senangnya dengan kamu take profit. kerana kamu tahu system kamu akan lebih banyak memberikan profit daripada loss, dan cut loss yang kamu lakukan adalah risiko bisnes iaitu max 2% dari account kamu.Di level ini kamu mula target dengan profit 20 point per hari, dan setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, kamu meningkatkan target dengan 40 point per hari. Akhirnya, kamu mampu lakukannya. Kamu memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki system kamu, menguasai emosi kamu, dan melaksanakan money management yang kamu pegang. level ini biasanya berjalan sekitar 6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke level berikutnya.
Trader Level 5
Level 5 Unconscious Competence
Sekarang kamu sampai di level 5, ini adalah level yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di level ini kamu boleh trading dengan tenang, kamu telah menguasai semuanya, kamu boleh Dancing with the Market, kemanapun arah market berjalan, kamu telah open di posisi yang benar, tinggal melihat profit kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit. Inilah level puncak dari seorang trader, inilah level utopia, kamu telah menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan account yang terus membesar tiap harinya dari kumulatif profit yang kamu peroleh. Kamu akan jadi bintang di trading chat room, dan orang-orang akan mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu kenal dengan pertanyaan mereka, kerana kamu ada diposisi mereka 2 tahun yang lalu. Kamu akan memberi saranan kepada mereka, namun kamu tahu bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana mereka masih trader level 1.Kamu tidak akan mempunyai masalah financial lagi, kamu mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu boleh membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu boleh pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana. Kamu mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, kamu boleh membuat buku sendiri,kamu boleh trading dengan margin yang tanpa batas, dan account kamu akan berlipat-lipat dari account awal. Hanya 3% trader yang boleh mencapai level ini.Sekarang kamu boleh dengan bangga berkata "SAYA SEORANG TRADER".
Read more...