Sunday, January 3, 2010

Bermulanya hari baru......

Minggu yg tenang......dpt bersama dgn isteri & anak2....kelmarin keluar makan dan menonton wayang serta shopping a few things utk persekolahan mrk....ermmm..elok la juga sblm bermula dgn trading pada tahun ke 4 nie.....dah 3 thn struggle dgn fx nie, cuma pada penghujung tahun lepas ada sinar yg mula menonjolkan diri...kata omputih " light at the end of the thunnel" ....

Besar harapan aku dlm thn ke 4 ini, dan semuanya akan bermula pada Jan 2010, iaitu esok, 4 Jan 2010.....Kedah maju 2010, aku pun nak maju juga.....

Halatuju dlm fx??? Entahla...seperti yg aku rancang, dlm bisnes2 lain sebelum ini....usah terpedaya dgn short term success. At least dptkan pendapatan 2x ganda drp pekerjaan tetapku sekarang ini....mantain selama sekurang kurangnya 6 bulan hgga 1 thn.....then settle semua hutang2 yg ada...last skali ada saving = 24 bulan drp pekerjaan skrg ni....barulah boleh fikirkan utk bersara dr pekerjaan skrg ni.....

Mmg sayang dgn karier yg ada skrg ni...dah 18 thn lamanya aku bertungkus lumus untuk berada di tahap ini. byk suka dan duka telah di lalui.....target yg telah aku tetapkan ketika bermulanya karier aku pada 1992 kebanyakannya telah tercapai...sama ada utk diri sendiri dan juga staff2 aku.....mrk2 yg telah banyak membantu aku sejak dr awal lagi...sebagai ganjaran aku tunaikan apa yg aku janjikan kpd mrk....segala ilmu yg ada pada aku, kini ada pada kebanyakan mereka...cuma tidak centralize pada seorang individu.....proses mengenalpasti pelapis aku juga telah berjalan dlm tempoh yg cukup lama, namun aku masih gagal utk mengenalpasti siapakah yg paling layak...masing2 ada kekuatan dan kelemahan sendiri.....

tp aku perlu teruskan jua pencarian ini krn aku x mahu apa yg aku bina selama 18 thn ini berakhir tanpa pelapis dr kalangan mrk yg boleh mengucap dua kalimah syahadah.........

begitu juga perjuangan utk mendapatkan struktur gaji yg lebih baik utk semua staff dr pelbagai peringkat....berada ditengah2 ni mmg byk tekanan, kedua2 belah pihak terpaksa aku penuhi tuntutannya.......

ahhh...semua ni merupakan tekanan yg agak kuat buat diriku, tambahan pula dgn tanggungjawap yg semakin besar di tempat kerja........kadang2 balik dr kerja aku keletihan dan x mampu nak trade...tgk chart pun mata berpinau, apatah lagi utk berfikir.......ini salah satu sebab yg menyebabkan aku lost atau cut loss krn mental dah tak kuat utk berhadapan dgn market yg high volatility.....masa ini lah biasanya emosi akan mula menguasai diri.....

mungkin ada yg tertanya-tanya, kenapa aku perlu susahkan diri padahal sudah ada sesuatu yg menjamin utk diriku? Jawapannya senang saja, aku ada matlamat2 lain dan karier yg ada skrg ini x dapat memenuhi matlamat itu, bukan RM semata-mata tetapi lebih kepada social @ community service......sebab itulah journey aku never end....drp bisness trading, kpd service, kpd MLM dan finally on line...dan aku berharap fx ini adalah yg terakhir.

Berdasarkan kpd pengalaman2 yg lepas, mmg aku nampak apa yg aku hajati ada di sini...cuma belum masa lagi agaknya....mungkin Allah tak tunaikan pada aku dlm tempoh beberapa thn yg lepas kerana aku belum bersedia utk menerimanya...dan kegagalan dlm bisnes2 yg lepas adalah sebagai persediaan utk diri aku supaya aku sentiasa berada di jalan yg di redhai Nya apabila telah berjaya....pendek kata supaya aku tak lupa di mana asalku, sekiranya apa yg aku pohonkan dlm doaku menjadi kenyataan.

Teringat aku kpd cerita dimana seorang cucu meminta dr datuknya utk bermain2 dgn golok sembelihan lembu kepunyaan datuknya....sudah pasti datuk itu x akan membenarkan cucunya bermain2 dgn golok yg amat tajam itu kerana dgn umurnya yg masih mentah itu, sudah pasti golok itu akan melukakannya...namun selepas masa berlalu, dan cucunya telah meningkat dewasa....datuk itu telah menyerahkan golok tersebut kpd cucunya krn dia tahu bahawa cucunya telah cukup bersedia utk menerimanya...

Cerita ini juga telah memberikan aku semangat utk terus berdoa tanpa merasa jemu.....krn aku tahu suatu hari nanti pasti Allah akan memakbulkannya apabila telah tiba masanya........
InsyaAllah.....aku akan terus berusaha krn tanpa usaha sudah pasti tiada kejayaan......walaupun dgn berusaha belum tentu aku akan berjaya, tp aku pasti akan ada perbezaannya setiap kali aku berusaha....

Melakukan sesuatu yg sama tetapi berharap keputusan yg berbeza bagi ku adalah harapan yg gila.... so keep trying, " A failure in life can be a stepping stone to my success"...

Aminnnn....

No comments:

Post a Comment